KESAN PEMIKIRAN PANDANG KE TIMUR PADA MASA KINI (ebook)

UQBAH IQBAL
KESAN PEMIKIRAN PANDANG KE TIMUR PADA MASA KINI ebook Tagus
Compartir:

KESAN PEMIKIRAN PANDANG KE TIMUR PADA MASA KINI (ebook)

UQBAH IQBAL

Perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1982 dilihat menamatkan konflik berterusan antara pemikiran Pro-Barat dan pemikiran Pandang Ke Timur, dengan model Jepun yang mewakili model Timur telah menggantikan model Barat yang sekian lama mendominasi kehidupan masyarakat Melayu seawal penguasaan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Jepun merupakan satu-satunya negara luar yang terlibat secara langsung di dalam pembinaan bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak zaman dahulu. Malahan bangsa Jepun boleh dianggap sebagai abang kepada bangsa Melayu lantaran sumbangan besar mereka dalam membangunkan kembali bangsa Melayu ketika pendudukan mereka. Semasa pendudukan Jepun, pemerintah Jepun bertanggungjawab secara langsung terhadap penyatuan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia yang berpecah sebelumnya akibat penjajahan British dan Belanda. Pemerintah Jepun juga mendirikan pelbagai jenis sekolah di Indonesia, Singapura dan Tanah Melayu untuk membangunkan bangsa Melayu. Ini bertujuan melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran, sesuatu yang tidak diperoleh oleh orang Melayu semasa pentadbiran British. Boleh dinyatakan bahawa jika Tanah Melayu tidak pernah diduduki oleh Jepun, orang Melayu selamanya akan memandang tinggi akan kekuatan penjajah-penjajah Barat dan tidak bersedia untuk memerintah sendiri negara mereka. Kajian ini juga tidak menyetujui dapatan kajian Abdul Rahman Haji Ismail (2006) yang menyatakan perjuangan kemerdekaan Melayu sudahpun bermula semasa zaman British. Sudah tentu British tidak akan membiarkan sebarang tentangan terhadap penguasaan mereka, dan jika adapun kesedaran nasionalisme Melayu, ia pasti dilakukan secara berselindung. Pelajar-pelajar Melayu yang pernah melanjutkan pengajian di Jepun juga memberikan sumbangan tidak ternilai kepada Malaysia apabila pulang. Misalnya sumbangan dari YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz.

Detalles

  • Editorial: BOOKRIX
  • Año de edición: 2015
  • ISBN: 9783736867963
  • Formato: EPUB
  • DRM Si